Followers

Thursday 15 November 2012

Warna Warni Kehidupan

Assalamualaikum... Apa khabar hari ini...?? Alhamdulillah..semua masih sihat kan...kalau x, takkan boleh nak bca blog ini...hehe... Apa khabar jantung anda...?? Apa khabar minda anda...?? InsyaAllah semoga sihat semuanya,.,,
Indahnya hari ini... Petang tadi, kat tempat saya, saya ternampak pelangi..Subhanallah! Cantik sungguh ciptaan Allah.. terpegun saya tengok... Apatah lagi, saya memang suka tengok pelangi.. Pernah juga saya bertemu pelangi berkembar.. tak terkata waktu itu... terpesona melihatnya... Sungguh indah sekali...

Pembaca yang dikasihi...

Kehidupan kita juga seperti pelangi... sangat berwarna warni... Hidup kita sentiasa dipenuhi dengan pelbagai warna yang mencorakkan kehidupan kita..kadang2 kita gembira, kadang2 kita berduka, kadang2 kita bahagia, kadang2 kita derita....kadang2 kita berada di atas, kadang2 kita berada di bawah... Indah percaturan Ilahi...

Apabila kita gembira, bahagia, dan berada di atas, kita janganlah terlalu suka...
Apabila kita derita, duka dan berada di bawah, jangan pula terlalu dukacita...
Setiap perasaan itu kita akan hadapi tanpa sesiapapun yang terkecuali... 

Ingin saya berkongsi suatu cerita tentang pahit manis kehidupan... Seorang sahabat saya, K (bukan nama sebenar).. Dia dilahirkan dalam golongan keluarga yang berada..Mewah hidupnya..mintalah apa saja, semuanya ditunaikan,,,kebetulan, dia satu2nya anak ibu dan bapanya..pendek kata, anak tunggal la..
seronoknya jadi anak tunggal..Bapanya seorang pensyarah dan ibunya seorang pemilik butik terkemuka...
Walaupun dia anak tunggal dan sering dimanjakan, tetapi kesibukan ibu bapa membataskan perhubungan mereka... K ketandusan kasih sayang... dia menderita.. di sekolah, dia merupakan pelajar harapan kerana memiliki pencapaian yang cemerlang... dia sering menjadi perbualan dan sasaran sekolah untuk menjadi pelajar cemerlang... di rumah, dia kesepian..hanya Bibik yang menjadi peneman bualan, peneman di meja makan malah peneman ketika masa lapang... K mula memendam perasaan..Apabila disuarakan ketidakpuasan hatinya kepada ibu dan bapanya, dia seolah-olah ditarik dan ditolak.. Apabila mengadu pada si ibu, si ibu menyuruh berbicara dengan si ayah..Apabila berjmpa dengan si ayah, disuruh berjumpa si ibu... Akhirnya, Bibik yang menjadi tempat luahan hatinya... Namun, apalah yang boleh dikongsikan..? Bibik pun tidak faham sangat Bahasa Melayu sebab dia orang Indonesia... Merananya hidup K ketika itu...  dia tidak punyai banyak rakan baik kerana menurut si ibu, pengaruh rakan tidak baik untuknya...rakan2 zaman sekarang sukar untuk dipercayai...


Akhirnya, K mengambil tindakan mengurungkan diri... Hanya bilik sahaja tempatnya, sambil menatap laptop, melayari internet...Melalui salah satu rngkaian jalinan sosial, Facebook, dia mengenali seorang pemuda.. Pemuda itu 5 tahun lebih tua daripadanya.. Dia sering menceritakan dan berkongsi masalah dengan pemuda yang dikenali dengan "H"..H sangat memahami..H banyak memberi sokongan dan nasihat kepadanya untuk bersabar dan sentiasa positif...

Selepas beberapa bulan berkenalan dengan H, K banyak mengadu nasibnya kpd pemuda itu.. Dia sangat selesa dengan pemuda itu dan bicara pemuda itu sangat menarik hatinya... Namun, beberapa minggu kebelangan ini, pemuda itu tidak menghubunginya...malah, namanya juga sudah tiada dari senarai rakan.. K tercari2 juga sekiranya dia "unfriend" dengan H tetapi, tetap tidak menjumpai laman H.. K mula gelisah...
Ibu dan ayahnya semakin tidak mempedulikannya... Ditambah pula ayahnya mendapat peluang menyambung pengajian ke peringkat PhD, manakala ibunya mendapat tawaran untuk mengembangkan perniagaan... masing2 begitu sibuk sehingga tidak mempedulikannya...Satu2nya teman yang sering dia kongsi masalah juga hilang... K hilang tempat pergantungan... K semakin tertekan.. peperiksaan SPM bakal menjelang beberapa minggu lagi...K betul2 buntu... Dia berteleku seorang diri...   
"Aku tak boleh tanggung semua ini,"
"Aku bosan!!"
"Aku memang tak berguna! Tiada sesiapa pun pedulikan aku,"
Hatinya meronta2...jiwanya sangat terluka.. bengkak matanya akibat menangis..hinggakan terbit di hatinya,
"Baik aku mati dari aku harus berhadapan dengan semua ini!!"
K kemudian nekad.. Dia berjalan menuju ke meja studinya... Laci ditarik dengan kasar... Dia menemui gunting di dalam laci itu...Bergetar tangannya memegang gunting itu...Dia melangkah beberapa langkah ke belakang.. K memejamkan matanya, tangan kanan yang memegang gunting, meletakkan mata gunting di pergelangan tangan kirinya... K menarik nafas dalam2...hasutan2 jahat dihatinya semakin kuat...

"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"
Terpelanting gunting di tangannya... menggigil seluruh tubuhnya...
"Astagfirullahalazim...!!" 
K beristigfar panjang...peluh mula membasahi seluruh wajah dan tubuhnya...
Hilang semua hasutan2 jahat di benak dan fikirannya... Telinganya menangkap azan Asar yang berkumandang di masjid berhampiran...
Ya Allah! K merintih keseorangan... Dia berasa amat berdosa...Sungguh!! Sangat2 berdosa...K malu..K takut...K menyesal...dan dia malu sekali kepada Allah...Dia hampir2 melakukan dosa yang amat besar yang dikutuk Allah...
Ya Allah! Ampunkan aku....! Rintihnya sambil menangis teresak2...

Kemudian, dia segera menuju ke bilik air... dia membersihkan diri dan mengambil wuduk.. Telekung diambil dan dimasukkan ke dalam beg... Mata redupnya memandang masjid di hadapnnya..lantas, kakinya menapak ke rumah Allah itu sambil wajahnya dibasahi dengan air mata... K menunaikan solat Asar..di akhir sujudnya, dia menagis teresak2...memohon keampunan dari Allah...

Usai solat, dia dihampri seorang wanita seusia ibunya yang dikenali Mak Jah.. Sikap prihatin dan keibuan wanita itu menusuk ke hatinya...lantas, dia menceritakan segala masalahnya kpd wanita itu tanpa berselindung...hinggakan perkara terakhir yang dilakukannya juga diceritakan...Waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya dia di hadapan Allah..di rumah Allah itu...Kemudian, nasihat wanita itu sedikt sebanyak menenangkannya... dia bersyukur ditemukan dengan wanita itu.. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani...

Selepas dari hari itu, dia bertekad untuk berdikari.. Dia pasti, Allah sentiasa bersama-samanya.. Peperiksaan SPM berjaya dihadapi...Kepada Allah tempat dia mengadu...meminta dan berdoa semoga dibukakan pintu hati ibu bapanya untuk menyayanginya dan mempedulikannya...

Beberapa ketika kemudiannya, wanita yang ditemui di masjid berkunjung ke rumahnya.. Lantas, dia bertemu ibu dan bapa K.. Terkejut mereka dengan cerita yang disampaikan oleh wanita itu.. Sungguh! mereka amat sedih dan kecewa serta malu..tetapi, mereka sedar semua itu adalah kesalahan dari diri mereka sendiri yang hanya mengejar duniawi semata2... Dengan rendah diri, mereka memohon maaf kepada K namun K tidak menyalahkan mereka..K hormat dan sayangkan mereka.. K bersyukur, Allah membukakan hati orang tuanya untuk sedar...

Tidak lama kemudian, dia mendapat keputusan SPM..Alhamdulillah, resultnya sangat cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran di luar negara... Semasa persiapan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, dia telah dirisik oleh Mak Jah untuk anak lelakinya... Kuasa Allah! Rupa2nya pemuda yang sering memberi nasihat dan sokongan kpdnya di laman Facebook itu adalah anak kpd Mak Jah.. Alhamdulillah! Menurut H, dia menghilangkan diri kerana dia berada Mekah mengerjakan Umrah... dan menurut Mak Jah, laungan azan Asar dari suara H lah yang menyelamatkan K... Ya Allah! Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Gembiranya di hati K dengan segala nikmat yg diberikan Allah kpdnya...

Subhanallah! Indahnya dan hebatnya perancangan Allah! Saya yang mendengarnya turut terharu dan sangat2 bersyukur...Begitulah warna warni kehidupan kita di muka bumi ini.. Asalkan kita ingat kpdNya..kita ikut suruhanNya dan jauhi laranganNya, dia pasti memberikan kita ganjaran yang sangat istimewa.. dan semestinya, SABAR dengan setiap ujianNya... Ganjaran kpd org2 yg sabar itu sangatlah besar..

Semoga cerita ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan tauladan kpd kita... InsyaAllah.. 
Pesanan saya, sentiasa bersangka baik dengan Allah..dan positifkan fikiran anda...
Doa saya hari ini : Ya Allah! Kurniakanlah kesabaran kpd mereka yang diuji dengan ujianMu.. dan tetapkanlah iman di hati mereka..Amin...

Sudut Ilmu :
Tajuk :
Status Orang Mati Bunuh Diri
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”
 

0 comments:

Post a Comment