Followers

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum... Pertama sekali, puji2an kpd kekasihku yang utama, Allah s.w.t kerana masih memberi ruang dan kesempatan kpd kita utk bernafas pd hari ini...Alhamdulillah.. Juga selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda...
Selamat pagi... Selamat sejahtera.. Selamat menyambut tahun baru... Salam Maal Hijrah 1434...
 
Ya Allah! Bersyukur rsanya masih mempunyai kesempatan utk meymbut tahun baru... Allah masih memberi peluang utk kita bertaubat dan kembali ke jalan-Nya yang benar...ALHAMDULILLAH ya ALLAH...

Hari ini sempena Maal Hijrah, saya nak kongsikan sedikit pengalaman Hijrah rakan2 saya...
Perkongsian ini bukan untuk membanggakan ataupun mendapat perhatian..tetapi sekadar renungan kpd pembaca2 serta sebagai satu pengajaran yg bleh diikuti oleh semua..

Alkisahnya,  ada seorang sahabat saya ini merupakan seorang yang nakal... boleh dikategorikan nakal yang keterlaluan.. (hinggakan dia sendiri menganggap dirinya itu jahat).. teman wanita keliling pinggang.. apabila bercakap juga tiada tapisan dan batasan..MasyaAllah...solat selalu saja diringankan..mengaji ni, usah dikata la..sangat malas sekali... pendek kata, memang seorang yang lalai...

Kemudian, pada suatu hari, saya mendapat mesej daripadanya menyatakan dia sudah berubah.. dia sudah insaf... Hairan saya.. Apa yg mendorongnya untuk berubah sedemikian rupa? Secara mendadak...??
Namun begitu, saya tetap bersyukur dia telah kembali ke pangkal jalan...Lalu, saya lontarkan pertanyaan kpd sahabat saya ini.. Dia memberitahu, seseorang telah mengubahnya.. Apakah maksudnya..?
Lalu dia memberitahu, dia menjumpai seorang Muslimah yang menarik perhatiannya... Selepas melihat muslimah tersebut, dia terus berfikir dan mengakui hatinya telah terpaut kpd muslimah itu.. Seorang yang warak, menutup aurat, bertudung labuh... Apabila memandang muslimah itu, dia berasa tenang... 
Sejak itu, dia mula mengambil langkah untuk berubah ke arah kebaikan..Secara perlahan, dia meninggalkan satu2 tabiat lamanya... Yang mana dia tinggalkan dlu, dia segerakan dan lakukan saban hari...


Dia mula solat dgn setiap waktu, belajar mengaji dan memahami isi al-Quran... 
Ya Allah! Saya yang mendengar sangat2 bersyukur.. Tidak putus ucapan Alhamdulillah dari bibir ini..
Namun, terdetik sesuatu di dalam hati saya... Adakah dia berubah kerana seorang wanita ataupun dia benar2 ikhlas untuk berubah..?

Lantas saya menyuarakan pertanyaan hati saya kepadanya... Mulanya, dia mengakui dia berubah kerana muslimah itu..kerana hatinya telah ditambat dengan satu perasaan yang memang sudah menjadi lumrah kpd manusia iaitu CINTA... Namun, kemudian, dia menceritakan bahawa muslimah itu bukanlah wanita biasa.. Sukar untuk mendampingi lelaki apatah lagi lelaki sepertinya...

Lalu, dia berfikir dan dia menyatakan bahawa... Mungkin dulu dia merasakan wanita itulah punca dia berubah tetapi, sekarang tidak... Dia benar2 berubah kerana Allah... Muslimah itu mungkin merupakan jalan atau petunjuk Allah untuknya untuk berhijrah...

Lega saya mendengarnya... Kini, dia hanya ingin menambah ilmunya dlam agama...agar dia menjadi seorang hamba yang soleh...Walaupun, muslimah itu tidak memberikan sebarang kata putus untuknya, tetapi dia redha jika belum tiba jodohnya..cuma, dia sangat2 berterima kasih dan bersyukur ditemukan dengan seseorang yang telah membuka mata dan hatinya untuk bertaubat dan berhijrah ke jalan yang benar...

Alhamdulillah! Selepas itu, saya masih mengikuti perkembangan sahabat saya ini... Doa saya semoga dia terus istiqomah dalam segala perkara yang dilakukannya.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar...

Kepada dia yang berkenaan, sekiranya kamu membacakan coretan ini, pertama sekali saya nak minta maaf kerana menceritakan perihal kamu.. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman hijrah kamu untuk tatapan pembaca blog ini supaya adanya kesedaran dalam kalangan masyarakat kini...Dan terima kasih juga kepada kamu yang sudi menceritakan pengalaman kamu kepada saya...

Salam Maal Hijrah 1434
Ayuh mulakan perubahan baru dalam kehidupan agar hidup kita sentiasa diberkati Allah...

-pazilahsaadon-

0 comments:

Post a Comment