Followers

Tuesday 30 October 2012

Positifkan Fikiran Anda..!!

Assalamualaikum...
Kadang-kadang kita rasa geram..marah..bengang,,"naik hantu" dan sebagainya apabila kita dituduh melakukan sesuatu yang kita tidak lakukan...
"Tidak! Semua tu tak benar...!!! Fitnah semata-mata.."
Ada juga yang bersuara bagi membela nasib diri...
"Apa bukti kau kata aku macam tu..???"
Ada juga yang mencabar begitu...
Kadang-kadang...kita tidak dapat nak menahan rasa marah sehingga sanggup bergaduh, bertumbuk..tak kurang juga mencederakan antara satu sama lain...
Kerana apa..??
Kerana nak membuktikan bahawa kita tidak bersalah...
Ada juga yang malu...fitnah itu telah menjatuhkan air muka dia dan keluarganya...
Berkurung di dalam rumah... mencederakan diri dan berniat MEMBUNUH DIRI...
Nauzubillah....

Adik2 yang dikasihi Allah...
Kenapa sampai begitu sekali fikiran kita...??
perlukah kita merosakkan diri kerana sesuatu yang tidak benar..?
"Tak ada orang nak percayakan saya"
"Semua orang sama ja...percaya sangat saya yang melakukannya.."
Apabila tertekan... dipandang serong oleh orang lain...beginilah jadinya...
Hanya kerana satu perkara yang tidak benar,,, berkaitan "FITNAH"

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya daripada kesalahan membunuh"

Adik2...
cuba adik2 rasionalkan fikiran adik2...Ya..! memang ia tidak tertanggung apabila kita dituduh sedemikian...
Tapi...cuba kita bersihkan hati, positifkan fikiran...
Bagaimana..??
Misalnya, adik dituduh mencuri sedangkan adik tidak mencuri...
Pertama, adik senyum sahaja.. tanpa bersuara apa2 sama ada membela diri atau menafikannya...
Dalam fikiran, adik ingatkan diri adik, kenapa aku perlu takut sekiranya aku tak lakukan? Kenapa aku perlu  bersuara sedangkan memang bukan aku yang lakukan..? Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata...
Tetapi, selepas beberapa hari, masih juga terdengar desas-desus yang sama...
Hampir semua kawan2 mempercayainya...Pastinya hati berasa tidak sedap... 
Adik tenang... dengan tenang dan sabar, adik berjumpa dengan salah seorang kawan baik yang sangat rapat dengan adik...adik cuba tanya pendapatnya...cuba tanya selama dia mengenali adik, adakah dia mempercayai tuduhan itu..?
Adik, kawan yang baik akan mempercayai kawannya... Sejahat manapun kita, dia akan tahu di mana tahap kejahatan kita... 

Seterusnya, adik berdoa... Kita ada Allah...Dia sentiasa Mengetahui dan Mendengar.,, Luahlah padaNya..ceritakan padaNya,,, Ingat dik, doa orang teraniaya sentiasa akan dikabulkan..
Allah adalah sebaik-baik pelindung...

Justeru, jika kita ditimpa sesuatu musibah... jangan terburu-buru... cepat2 muhasabah diri... Elakkan berfikiran negatif yang keterlaluan..Positifkan diri..dan yang penting.. ingat Allah..ingat Rasulullah...
InsyaAllah, segala dugaan kita akan diselesaikan...
Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia, tiada upaya untuk menutupnya..
Serahkan segalanya pada Allah...
Semoga adik2 sentiasa dilimpahi rahmat dan keampunan Allah...

-cikpooh-



Tuesday 23 October 2012

ProJaD 2012

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....berakhir sudah program jati diri (ProJaD) bersama-sama pelajar tingkatan 3 SMKTBR1...
Pada mulanya, kami terkelu seketika ketika kaunselor di sana memberitahum pelajar yang terlibat adalah pelajar yang kurang motivasi, tak kurang juga yang tiada motivasi...
Ya Allah! Macam mana kami nak uruskan pelajar ni..??? Mampukah kami..?? Apakah aktiviti yang sesuai..??
Siang malam kami berfikir dan sehingga tidur tidak lena...
Apabila kami menjejakkan kaki di SMKTBR1 pada 22 Oktober, kami diberitahu, ramai pelajar yang tidak hadir.. Ya Allah! Dugaan lagi untuk kami...Namun, kami gagahi jua... Kami cuba sedaya kami...
Ice Breaking! Aku seakan hampir putus asa... Aku tidak dapat "break the ice" dalam kalangan mereka...
Habissss...!!! Itulah ayat yang terlontar di bibirku....



Selepas beberapa aktiviti seharian pada hari itu, aku mulai nampak sedikit demi sedikit perubahan mereka...
Aku dan rakan-rakan cuba mendalami mereka...mengenali mereka dengan lebih dekat....
Kami positifkan semula fikiran kami... Ya! Mereka ini perlu diberi perhatian...
Tiba petang hari, aku rasa sedikit berbeza... Mereka sudah boleh berkomunikasi dengan baik...
Alhamdulillah! Akhirnya.... Petang itu kami pulang dengan sedikit senyuman kelegaan...







Hari kedua... 23 Oktober... Mereka menyambut kami dengan senyuman.. dengan keceriaan...
Aktiviti yang dilakukan semakin mengeratkan ukhwah dalam kalangan kami semua...
Mereka semakin mesra... yang dulunya "reluctant" kini dah boleh memberi thumbs up!
Tirai ProJaD semakin labuh, kami seakan pilu untuk meninggalkan mereka yang kami sudah anggap seperti adik2 kami sendiri...walaupun masa yang singkat bersama...namun, kenangan yang tercipta tidak akan dapat dilupakan... paling terharu, apabila membacakan komen, semuanya mengucapkan terima kasih atas kesedaran yang diberikan...
Ya Allah! Kala itu, hanya Allah yang tahu perasaan kami...
Kami tidak bangga kerana berjaya menyelesaikan program..
Kami tidak menyesal menghabiskan duit untuk adik2...
Tapi...kami sangat2 bersyukur kpd Allah...Allah telah membantu kami untuk memberi kesedaran kepada adik2 tersebut...
Mungkin program yang dilakukan tidak seberapa berbanding program2 lain..tapi, isi yang ada dalam pgram itulah tujuan sebenarnya,,..






Adik2...akak sentiasa doakan kejayaan adik2..
Akak pasti, adik2 boleh berjaya..
Akak boleh nampak kejayaan adik sekiranya adik benar2 berubah dan bermatlamat untuk berjaya...
InsyaAllah dik..
Allah sentiasa bersama-sama kita...
Man Jadda Wajadda... siapa berusaha pasti berjaya....


Sunday 21 October 2012

Assalamualaikum...
Setelah berpenat lelah...
Bertungkus lumus... Kadang-kadang tidak cukup tidur... 
Membuat persiapan untuk program ini...
Akhirnya, tibalah masa untuk kami berjuang...

Ya Allah ! Permudahkan segala usaha kami...
Semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Dengan harapan untuk mendidik dan membantu anak2 belia dalam menghdapi kehidupan di masa depan...
Kau permudahkanlah Ya Allah!

Program Jati Diri (ProJaD) selama 2 hari di SMKTBR1...
Semangat2 my team...
Kita pasti boleh..!!!


cikpooh


Saturday 20 October 2012

Cerita Cinta : Rasulullah

Setelah membaca tulisan Abu Umar di ruangan “Kehidupan” yang mengajak kita semua bermuhasabah hakikat cinta kita kepada Rasulullah SAW. , penulis menjadi “kelu” untuk menulis sesuatu berkenaan Baginda SAW. Justeru penulis merasai betapa masih jauh lagi bukti kecintaan penulis terhadap Baginda SAW. Penulis meminjam kata-kata dari Dr. Ahmad Muhammad al-Hufy. Sebelum beliau menulis tajuk Min akhlak an-Nabiy beliau memulakan tulisannya dengan penuh kerendahan hati,

“Ya, Rasulullah, junjunganku! Apakah kata-kata yang tak berdaya ini mampu mengungkapkan ketinggian dan keluhuranmu? Apakah penaku yang tumpul ini dapat menggambarkan budi pekertimu yang mulia? Bagaimana mungkin setitis air akan sanggup melukiskan samudera yang luas? Bagaimana mungkin sebutir pasir akan mampu menggambarkan gunung yang tinggi? Bagaimana mungkin sepercik cahaya akan dapat bercerita tentang matahari? Sejauh yang dapat dicapai oleh sebuah pena, hanyalah isyarat tentang keluhuran martabatmu, kedudukanmu yang tinggi, dan singgasanamu yang agung.”



Positif !!

Assalamualaikum..
Sebagai seorang pelajar dalam bidang kaunseling, ramai yang berkata...

"Awak ni senyum ja selalu..tak pernah pun nampak tension2.."
"Bestnya...kaunseling mesti tak belajar banyak kan.."
"Untung laaa...budak kaunseling tak banyak kerja,"

Itulah antara andaian2 dari sesetengah sahabat... Tapi, biasa la..setiap orang ada pandangan masing2.. Mungkin mereka menganggap bidang ini merupakan bidang yang mudah dan happening..
Sebenarnya, bidang kaunseling atau matematik, atau sukan dan sebagainya adalah sama sahaja...
Setiap bidang ada kelebihan dan kekurangan masing2..
Cuma kadangkala, fikiran kita selalu menganggap apa yang kita miliki itu merupakan suatu kesukaran...
Tidak! Rasionalkan balik fikiran anda...
Bidang saya adalah bidang yang terbaik, yang menyeronokkan..
Walaupun kita tidak meminati bidang yang kita ceburi sekarang, belajarlah untuk mencintainya...
Minat boleh dipupuk.. 
Cinta boleh ditanam...

Be positive with all kind in your life..
Think that you are the lucky person in the world..
InsyaAllah... success will be with you...


-cikpooh-

Komputer Dalam Kaunseling Kerjaya



1.0       PENGENALAN
Kerjaya (career) merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan (Sharf, 1997).  Kaunseling kerjaya merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997, p.3).  Brown & Brook (1986) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.  Sidek (2002) menegaskan kaunseling kerjaya merupakan proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Penggunaan komputer adalah untuk memberi sokongan berterusan untuk kegunaan profesional yang lebih baik dalam kaunseling dan bimbingan kerjaya. Kriteria penilaian termasuklah bagaimana mempelajari kemungkinan kerjaya, maklumat kerjaya bersepadu, mencapai keputusan kerjaya dan mengambil tindakan sewajarnya.


Harris-Bowlsbey dan Sampson (1990) mendefinisikan CACGs sebagai satu sistem secara online.  Tujuannya adalah melibatkan pengguna dalam bahan interaktif yang mengajar dan memantau satu proses perancangan kerjaya.  Ia juga menyediakan maklumat untuk individu dalam membuat keputusan pendidikan serta pekerjaan.  CACGs boleh membantu klien mengembangkan kesedaran kendiri, mempelajari tentang jenis pekerjaan yang sesuai, membantu klien memilih pekerjaan serta membantunya melaksanakan pilihan yang dibuat.  CACGs juga memberi maklum balas dengan cepat kepada pelajar, mengajar langkah secara berurutan untuk menentukan pilihan kerjaya mereka dan memberi cadangan untuk tindakan yang diambil seterusnya.  




Friday 19 October 2012

Tingkah Laku Manusia



Memahami Tingkahlaku Bermasalah di Kalangan Kanak-Kanak

Dalam mengharungi kehidupan, pelbagai cabaran dari segi fizikal dan psikologikal dihadapi oleh setiap individu. Cabaran dan rintangan hidup ini kadangkala menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan tingkahlaku. Sekiranya pengesanan awal, rawatan, penjagaan dan pemulihan tidak dibuat, maka impak yang amat besar akan dialami oleh individu itu sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita akan kehilangan modal insan untuk membangunkan negara ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Definisi Tingkahlaku

Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh orang lain (Mukherji, 2001). Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran. Contohnya jika kanak-kanak gembira, tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk menzahirkan perasaan tersebut seperti tersenyum, menepuk tangan atau melompat dianggap sebagai tingkahlaku.     

                                  

Sejarah Kaunseling



                            PENGENALAN

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling.


Thursday 18 October 2012

Psttt..!!



PS a.k.a PAZILAH SAADON... soo sweet.... <3












Kisah Cinta Rasulullah dan Aisyah

 
 Tadi...terjumpa buku ini...aku pasti miliki buku ini... Indahnya jika dapat menjadi seperti Saidatina Aisyah...
 
Suka saya malam ni untuk berkongsi dengan semua pembaca..kisah tentang cinta Rasulullah dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aishah...siapakah Aishah? beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq, sahabat Rasulullah...Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w.. Aishah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah...apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai.."Aisyah" jawab Nabi...

Bagaimana hebatnya kisah cinta mereka sebagai suami isteri? Jom kita hayati bersama kisah cinta mereka...

KISAH 1
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya...
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..

Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
 
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1]
 
 
Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:
  1. Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.
  2. Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.

 

[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1905 (Kitab al-Birr wa al-Sholah, Bab berkenaan doa kedua ibubapa).

SAYA CINTAKAN EMAK DAN AYAH SAYA....
CINTA IBUBAPA PENIUP SEMANGAT HIDUPKU...
ANAK YANG SOLEH ADALAH ANAK YANG SENTIASA MENDOAKAN IBU DAN AYAHNYA SAMA ADA MEREKA MASIH HIDUP MAHUPUN SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH AYAH..SAADON BIN SAUD
   

Apa itu kaunseling...??

  • Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.
  • Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-
    1. Pembangunan
    2. Pencegahan
    3. Pemulihan

Wednesday 17 October 2012

Rasulullah : Kerdilnya Cinta Kita



Setelah membaca tulisan Abu Umar di ruangan “Kehidupan” yang mengajak kita semua bermuhasabah hakikat cinta kita kepada Rasulullah SAW. , penulis menjadi “kelu” untuk menulis sesuatu berkenaan Baginda SAW. Justeru penulis merasai betapa masih jauh lagi bukti kecintaan penulis terhadap Baginda SAW. Penulis meminjam kata-kata dari Dr. Ahmad Muhammad al-Hufy. Sebelum beliau menulis tajuk Min akhlak an-Nabiy beliau memulakan tulisannya dengan penuh kerendahan hati,

sem 2

Masa semester ni,  tugasan kami tertumpu kepada subjek personaliti...
Seronok betul bila belajar tentang personaliti manusia..
setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza...
Raudatul Sakinah menjadi pilihan...
Jom mengintai aktiviti kami...









Indahnya belajar...
CINTA saya kepada bidang ini semakin bertambah..
Inilah Cerita Cinta saya....

LOVE AND FAITH
cikpooh


Tuesday 16 October 2012

Kaunseling Kelompok


Definisi Kaunseling Kelompok

Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan Kaunseling Kelompok adalah suatu proses perhubungan antara individu secara berkelompok, yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan. 
Kaunseling kelompok  adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang di alami. Process tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan ( Corey, 1990 ).
 Cottle dan Downie (1970), melihat kaunseling sebagai “proses seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan interksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang berkesan mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya”.
 Manakala menurut Zainal Abidin (2002), kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang memahami kekeliruan dan memerlukan bantuan bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa altenatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif  yang dipilih.

Sem 1

Assalamualaikum...Salam sayang...
Semasa baru menjejakkan kaki di bumi Tanjong Malim, saya berasa kosong...
Saya bertemu kawan2 baru... Yang menyinari hidup ini...
Kenangan bekerjasama dalam setiap perkara... sukar untuk dilupakan..
Semasa sem 1, inilah program pertama usaha sama antara kami..
Pameran Kerjaya Hari Konvokesyen UPSI




Masing-masing nampak muda ja...

Kenangan itu tetap tersimpan... Kukuh dalam ingatan...












sepanjang tiga hari kami bekerjasama...mengukuhkan ukhwah sesama kami...seronok sangat2... rindu betulll....

love and faith
-cik pooh-    

Cinta, Rupa Paras, Pengorbanan, Kesetiaan, Kesabaran dan Kebahagiaan





Semua kita mencari kesempurnaan dalam memiliki cinta. Sang pemuda mencari pemudi yang cantik, menawan, baik hati dan sebagainya. Sang pemudi mencari pemuda yang tampan, romantik, jujur dan seangkatannya. Kesian kepada yang kurang tampan dan kurang cantik. Kerana begitulah lumrah manusia, mahukan yang cantik, menarik dan sempurna.

Terkadang yang cantik sudah bertemu dengan yang tampan, tapi akhirnya cinta hanya sekerat jalan. Kenapa jadi sedemikian? Perhubungan cinta hanya sekadar atas dasar rupa paras? Rasulullah SAW ada bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad:

"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."

Cinta juga menuntut pengorbanan. Ada yang sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi mengikut pilihan hati. Ada yang sanggup mengorbankan ‘study” untuk bersama kekasih hati. Ada yang sanggup mengorbankan maruah sendiri demi membuktikan cinta sejati. Ada yang sanggup mengorbankan jiwa demi meraih ketuanan cinta. Oh cinta.. penanganmu hebat, membuat manusia gembira, tawa, bahagia, sedih, duka, lara, derita, gila dan sebagainya.

Hari ini penulis mengajak kita belajar cinta dari Abu Utsman, kisahnya ditulis oleh Imam Al Jauzi dalam salah satu kitabnya, Shaidul Khathir. Kisah cinta, rupa paras, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan kebahagiaan.

Suatu saat, Abu Utsman dikejutkan dengan satu permintaan dari seorang wanita.

“Wahai Abu Utsman,” kata wanita itu, “Sungguh aku mencintaimu.”

Suasana hening sejenak. “Aku memohon, atas nama Allah, agar sudilah kiranya engkau menikahiku,” lanjutnya.

Lelaki yang bernama lengkap Abu Utsman An Naisaburi itu diam. Beliat terkejut sebentar dan terpaku tatkala mendengar perkataan wanita yang datang kepadanya itu. Ia tidak mengenal wanita ini dengan baik. Namun, tiba-tiba saja wanita ini datang menemuinya dan menyatakan rasa cintanya yang dalam kepadanya. Bahkan saat itu pula, atas nama Allah, wanita itu meminta pada Abu Utsman untuk menikahinya.

Abu Utsman diam. Memikirkan keputusan apa yang hendak diambilnya. Sebagai seorang pemuda, ia dihadapkan pada sebuah keputusan besar dalam hidupnya. Sebuah keputusan yang mungkin akan dijalaninya selama lebih dari separuh usianya dan separuh imannya. Selama ini keluarganya senantiasa mendorongnya untuk segera meminang salah seorang wanita solehah di wilayah itu. Namun, ia selalu menolak dorongan dari keluarganya itu hingga hari ini. Maka, sampai sekarang ia masih juga membujang. Ia akan mengambil sebuah keputusan besar dalam hidupnya, termasuk segala akibat dan kesan yang menyertainya.

Abu Utsman kemudian berkunjung ke rumah wanita itu. Ia mendapati orangtua si wanita adalah orang yang miskin. Namun, keputusannya tetaplah bulat untuk meminang si wanita yang datang menyatakan cinta kepadanya itu. Terlebih lagi kerana wanita itu memintanya untuk menikahinya. Ia menyaksikan kebahagiaan yang berlimpah pada raut wajah orangtua si wanita itu saat mendengar bahawa puterinya dipinang oleh Abu Utsman, lelaki yang berilmu, tampan, soleh, penyabar, setia, jujur, tulus, dan terhormat.
Mereka pun akhirnya selamat diijabkalbulkan.

Tahun demi tahun berlalu, hingga akhirnya sang isteri itu meninggal dunia lima belas tahun kemudian. Namun, sejak malam pengantin mereka ada kisah yang baru terungkap setelah kematian sang isteri. “Ketika wanita itu datang menemuiku,” kisahnya, “Barulah aku tahu bahawa matanya juling dan wajahnya sangat jelek dan buruk. Namun, ketulusan cintanya padaku telah menambat hatiku. Aku pun terus duduk dan menyambutnya tanpa sedikit pun mengekspresikan rasa benci dan marah. Semua itu aku lakukan demi menjaga perasaannya. Walaupun aku bagai berada di atas panggang api kemarahan dan kebencian.”

Ah, kita jangan marah pada Abu Utsman yang mengharapkan isteri yang cantik dan sempurna, tetapi kemudian hanya mendapatkan isteri juling dan buruk wajah. Itu merupakan sisi manusiawi dari lelaki yang menginginkan kecantikan dan kesempurnaan sebagai pendamping hidupnya.

“Begitulah ku lalui lima belas tahun dari hidupku bersamanya hingga dia meninggal dunia,” demikian Abu Utsman melebarkan kisahnya. “Maka, tiada amal yang paling kuharapkan pahalanya di akhirat, selain masa-masa lima belas tahun dari kesabaran dan kesetiaanku menjaga perasaannya dan ketulusan cintanya.”

Luarbiasa! Cinta yang luarbiasa terbit dari insane yang luarbiasa. Apakah masih ada kualiti pemuda seperti Abu Utsman ini lagi di abad ke 21 ini? Begitu juga wanita mulia itu, beliau juga luarbiasa. Meskipun sang wanita itu tahu bahawa dia bermata juling, meskipun sia tahu bahawa sia hanya anak orang miskin, meskipun sia tahu bahawa dia bukan wanita berwajah cantik molek, tapi dia memperjuangkan cintanya untuk memiliki orang yang dicintainya itu. Ianya berhasil dan telah bersama mengharungi asam garam kehidupan berkeluarga selama lima belas tahun sehingga maut datang menjemputnya. Abu Utsman membuktikan bahawa ia adalah lelaki yang setia, tulus, sabar, dan senantiasa menjaga perasaan sang isteri yang demikian tulus mencintainya.

Itulah cinta! Cinta yang berpaksikan wahyu, cinta yang diasaskan oleh keimanan kepada Allah SWT. Ianya indah dan bahagia. Semakin indah kerana ianya disertai dengan pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan perjuangan.

Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Amirul Mu’minin Umar Al Khatthab dan berkata : “Saya sudah tidak lagi mencintai isteriku”.

Maka, Umar berkata : “Sesungguhnya sebuah rumah tangga itu tidak cukup dibangunkan berdasarkan cinta semata.”

Engkau benar wahai Amirul Mu’minin, memang tidak selamanya dengan cinta, namun ada pengorbanan, terdapat pengabdian serta ditemukan perjuangan.

“Ya Allah..., aku memohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu, dan aku meminta amalan yang dapat menghantarkan aku kepada cinta-Mu.”