Followers

Thursday 18 October 2012

Kisah Cinta Rasulullah dan Aisyah

 
 Tadi...terjumpa buku ini...aku pasti miliki buku ini... Indahnya jika dapat menjadi seperti Saidatina Aisyah...
 
Suka saya malam ni untuk berkongsi dengan semua pembaca..kisah tentang cinta Rasulullah dengan isteri yang paling dicintainya iaitu Aishah...siapakah Aishah? beliau adalah puteri kepada Saidina Abu Bakar As Sidiq, sahabat Rasulullah...Allah memuliakannya dengan menjadikan beliau salah seorang isteri kepada manusia terbaik di dunia iaitu Muhammad s.a.w.. Aishah menduduki tempat yang istimewa dan agung di hati Rasulullah...apabila ditanya kepada Nabi s.a.w. siapakah orang yang paling dicintai.."Aisyah" jawab Nabi...

Bagaimana hebatnya kisah cinta mereka sebagai suami isteri? Jom kita hayati bersama kisah cinta mereka...

KISAH 1
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya...
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?"
"Ya"..jawab Aishah..

Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah..

Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..

"Adakah kamu merasa puas?"

"Belum ya Rasul" jawab Aishah...

Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama..

Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah...

KISAH 2
Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri..
"Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.."
KISAH 3
Aisyah r.a bercerita..
"Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.."
KISAH 4
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa untuk beliau..
"Ya Rasul, doakan lah aku"
Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa yang terang mahupun yang tersembunyi.."
Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah lalu Rasulullah bertanya..
"Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku tadi?"
"Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia dengan doamu ya Rasul" jawab Aisyah..
KISAH 5
Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..
"Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku.."
Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..
"bagaimana kamu boleh tahu?"
Jawab Rasulullah.."Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim"
Kemudian Aisyah berkata.."Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja.."
Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah semula..tapi dari kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin segera menghilangkan perkara yang boleh membuat Aisyah marah..
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah cinta yang berlaku di dalam rumahtangga Rasulullah dan isteri tercinta, Aisyah r.a..tapi saya tak mampu nak catat kesemuanya di ruangan ini..apa yang saya boleh simpulkan..Nabi s.a.w sentiasa lemah lembut ketika bercakap dengan Aisyah, merasa tenang dan bahagia jika dekat dengannya sehingga Baginda juga mengetahui perkara yang disukai dan dibenci Aisyah..
Moga-moga kita semua dapat mengambil teladan yang baik dan contoh yang baik daripada kisah Nabi junjungan..sentiasa cambahkan perasaan cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga agar kekal bahagia hingga akhir hayat...insyaAllah...
#sumber dari buku "Aisyah R.A Isteri Pilihan"-Ahmad bin Salim Badawilan..
 
 
SAYA SANGAT CEMBURU...KERANA SAYA JUGA SAYANG DAN CINTA AKAN RASULULLAH S.A.W..
CERITA CINTA saya adalah CINTA PADA RASULULLAH...
SELAWAT DAN SALAM UNTUK BAGINDA, PARA SAHABAT DAN SELURUH KELUARGA BAGINDA ....
 
 

0 comments:

Post a Comment