Assalamualaikummm slm sejahtera semua
Adakah jenis darah yang
mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis
darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia
mengenainya? Mari kita semak jenis darah kita...
Individu yang memiliki jenis
darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu
individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam
apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh
yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai
dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah
matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak
bergaul dengan individu di sekelilingmu dan ternyata mereka juga sentiasa
berasa senang untuk bekerjasama denganmu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam
kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya
kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan
diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang
paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar
berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu
adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan
masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal
emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang
tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati
orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa
selesa untuk berdampingan dengan mu.Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara
yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani
untuk membuat keputusan sendiri.Jangan biarkan orang lain membuat keputusan
untuk diri kamu sendiri.
Benarkah ini semua....?
Hanya ALLAH saja Yang Maha
Mengetahui...
-Dato' Dr Fadhilah Kamsah-
0 comments:
Post a Comment