Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia... Salam kedamaian... Salam sayang buat pengunjung blog saya ini...Sebelum itu, Selamat Menyambut Deepavali kpd kaum Hindu...
Cik Pooh tak banyak kawan2 drpd agama ini... Jadi, Cik Pooh tak tahu macam mana kemeriahan sambutan perayaan ini...
Cumanya pada petang ni, Cik Pooh terimbau kenangan lama...masa mula2 menjejakkan kaki di UPSI...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOQLChzKdszebxa9owmgIbt34JEOKXHbMcQH0orant2-jixPFdGuCxVORF8V_fooVa2aDHyfjjrRn6GL21_415Qz06eSqMBZkId5ufq-SMkU51j_BUVd1_WolSnvQQsO1utMIi4VLriVI0/s320/310720105452.jpg)
Berbalik kpd pgram tadi... kami semua semasa di sana, cuba meraikan mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik.. ada sesi nyanyian, sesi berbual2..makan2 dan sebagainya...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGIzWZQlJkscxoNiDnXVxLFzECrxXW1gFqGINdyYFSyNr3ZrT0jbFcnLRvqOfj1IwG5qyrMgZXoLY5y3g8zg5mFFng3TeC7osu6jlfcWCD159QqaVH9S2bhyVxj8MzIeWC_crWdKn2K-Fu/s200/310720105454.jpg)
Malah, kamu turut meraikan mereka dengan dua biji kek yang besar khas buat mereka...Ya Allah! Cik Pooh ingat lagi wajah2 mereka yang sangat gembira diraikan sedemikian rupa... Sungguh! Cik Pooh sangat sebak melihat keadaan itu... dan hingga sekarang, Cik Pooh masih lagi ingat akan pengalaman itu...
Pengalaman ini banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada saya... Supaya saya menyayangi dan mengasihi ibubapa dan orang2 yang lebih tua daripada saya...
Buat mereka yang masih ada ibu bapa, sayangilah, kasihilah, jagalah mereka...kita tidak mampu nak membalas jasa mereka sepanjang hayat kita tapi, berilah kebahagiaan dan doakan mereka...itulah yang mereka inginkan sebenarnya...
Janganlah biarkan mereka terlalu merinduimu, bimbang nanti kamu jatuh menjadi anak derhaka...
Jangan sahabat2... ingat! Ibu bapa adalah permata hati kita...utamakan mereka...kerana Syurga di bawah telapak kaki ibu.. dan sesungguhnya doa ibubapa sangatlah makbul...
jadi, ambillah kesempatan yang ada ini untuk menjaga mereka...SAYANGILAH IBUBAPAMU...rebutlah peluang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah...
p/s : nak kol mak laaa...rindu pulak... (^___^)
0 comments:
Post a Comment