Definisi Kaunseling
Kelompok
Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan Kaunseling Kelompok adalah suatu proses perhubungan antara
individu secara berkelompok, yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa
orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut
adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.
Kaunseling kelompok adalah satu proses antara
individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan
beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang di alami.
Process tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan (
Corey, 1990 ).
Cottle dan Downie (1970), melihat kaunseling sebagai “proses seorang kaunselor membantu seorang
klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan interksi dengan orang
lain supaya dia dapat membuat keputusan yang berkesan mengenai pilihan-pilihan
dalam hidupnya”.
Manakala menurut Zainal
Abidin (2002), kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor
yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang memahami
kekeliruan dan memerlukan bantuan bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa
altenatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan
alternatif yang dipilih.
Pengenalan Kaunseling Kelompok
Kaunseling
kelompok merupakan satu perkhidmatan pertolongan psikologikal yang membantu
individu normal berkembang secara holistic mengikut potensi mereka. Tujuan kaunseling kelompok adalah
membaiki sikap dan tingkah laku klien yang tidak berkesan atau tidak
mendatangkan faedah. Mengikut corey (1990) kaunseling kelompok
bertujuan mencegah serta memulih. Hansen et al (1976) menjelaskan, tujuan
mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum
masalah tersebut menjadi serius, mana kala tujuan memulih pula adalah bagi
klien yang sedang mengalami masalah yang serius di mana kaunseling kelompok
merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelaluan.
Kaunseling
kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah
pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam
kelompok, sebahagian besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada
individu yang normal(dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Kebanyakkan masalah
yang dibawa ke dalam kelompok adalah berkaitan dengan bertugas perkembangan
dalam hidup seharian. Dengan itu kaunseling kelompok berorientasikan perkembangan (growth
oriented), dan fungsi kaunseling serta klien adalah memberi sokongan dan empati
yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang
membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah
menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.
Kelompok kaunseling berasaskan model pendidikan dan model perubatan. Ia
merupakan pertolongan yang diberi kepada individu yang berfungsi penuh dan
menghadapi masalah emosi, sosial dan intelek. Mengikut Szasz (1973) dalam
Ohlsen (1977) ”Adalah menjadi satu kesilapan jika dilihat pemulihan individu
yang bermasalah emosi itu sebagai hanya satu rawatan perubatan. Ini adalah
sebab individu itu telah lama menggunakan cara mengatasi masalah yang tidak
sesuai yang mungkin dipelajari sejak usia kecil lagi. Melalui kaunseling
kelompok individu itu akan mempelajari cara dan perlakuan baru yang lebih
sesuai supaya ia dapat membina perhubungan yang memuaskan di kalangan sanak
saudara, sahabat handai serta rakan sekerja. Maka dengan itu kaunseling
kelompok adalah satu pertolongan yang diberi kepada individu yang menghadapi
masalah emosi, sosial dan intelek melalui model pendidikan dan model perubatan.
Model
pendidikan merangkumi aspek-aspek membimbing, mengajar, menunjuk cara serta
mengasuh individu tersebut dengna perlakuan-perlakuan yang lebih berkesan
supaya dapat menangani masalah yang dihadapi. Model perubatan pula meliputi
aspek mengkelasifikasi danmendiagnosa masalah secara mendalam tetapi tidak
termasuk preskrepsi atau memberi ubat.
Kaunseling
kelompok menumpukan masa membantu individu mengidentifikasi perlakuan yang
tidak mendatangkan faedah atau menguntungkan diri. Individu dalam kelompok
kaunseling mempelajari perlakuan baru supaya dapat berfungsi dengan berkesan.
Gazda (1973) menegaskan beliau lebih suka melihat kaunseling kelompok sebagai
terletak di satu kontinum yang berorientasikan pencegahan kepada yang
berorientasikan pemulihan. Di sebelah pemulihan beliau letakkan psikoterapi, di
sebelah mencegah pula diletakkan kelompok bimbingan, latihan perhubungan antara
manusia serta variasi-variasi di bawah pergerakan potensi manusia. Manakala di
tengah-tengah kontinum tersebut di masukkan kaunseling kelompok.
Matlamat Kaunseling
Kelompok
Corey (1990) mengemukakan
beberapa matlamat ahli kelompok kaunseling yang dikongsikan bersama.
- untuk belajar mempelajari diri dan orang lain
- untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri sendiri dan memperkembangkan identiti diri
- untuk menerima bahawa orang lain mempunyai keperluan dan masalah serupa, dengan itu berusaha mewujudkan perasaan”sense of universality”I
- untuk meningkatkan penerimaan diri, keyakinan diri, hormat diri supaya dapat melihat diri dari sudut yang baru ( a new view of one self )
- untuk mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan dalam mengatasi beberapa konflik.
- untuk meningkatkan arah diri, autonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain
- untuk menyedari bahawa ada pilihan dalam hidup dan mempelajari cara membuat keputusan secara matang.
- untuk merancang menukar beberapa perlakuan dan mengikut rancangan yang telah dibuat.
- untuk mempelajari kemahiran social yang berkesan
- untuk lebih peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain
- untuk mempelajari cara bersemuka (confrantation ) dengan orang lain secara berhati-hati, mengambil berat, jujur dan berterus terang
- untuk menukar kepada memenuhi keperluan sendiri daripada memenuhi keperluan orang lain
- untuk menjelaskan nilai hidup diri dan membuat keputusan serta mencari jalan untuk mengubahsuai nilai-nilai tersebut supaya menjadi lebih bahagia dalam hidup.
0 comments:
Post a Comment