Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi:
doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam
perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[1]
Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika
ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada
kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam
keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau
mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli
ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam
biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan
panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij:
“Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah
dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan
peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang
pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang
di dalamnya terkandung dua pengajaran:
-
Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.
-
Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.
[1]
Hasan:
Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai hasan
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi
– hadis no: 1905 (Kitab al-Birr wa al-Sholah, Bab
berkenaan doa kedua ibubapa).
SAYA CINTAKAN EMAK DAN AYAH SAYA....
CINTA IBUBAPA PENIUP SEMANGAT HIDUPKU...
ANAK YANG SOLEH ADALAH ANAK YANG SENTIASA MENDOAKAN IBU DAN AYAHNYA SAMA ADA MEREKA MASIH HIDUP MAHUPUN SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...
AL-FATIHAH UNTUK ARWAH AYAH..SAADON BIN SAUD
0 comments:
Post a Comment